UMRAH - PART 1


....................................................................................

salam semua.....

baru mempunyai 'kerajinan' untuk menulis tentang pengalaman menunaikan umrah pertengahan bulan tahun lepas... mood rajin untuk menulis sekejap on off dibuatnya....jadi tergendala di tahun baru.....

ok, sebelum terlupa, sekarang sistem umrah dah berubah ye.. jadi saya ambil pakej sebelum sistem ini berubah.... setakat apa yang saya tahu, sekarang dah tak boleh pergi umrah melebihi 10 hari (jika tidak silap laa)... jadi manfaatlah waktu yang sebaiknya ketika berada di Mekah mahupun Madinah.

dan satu lagi, sekarang ini, banyak sangat berita tentang penipuAn pakej2x umrah ini.. jadi siapa2 yang nak pergi, tolong cek dan semak betul2x syarikat yang kita ambil... tolong semak syarikat sama ada berdaftar atau tak dan harga yang ditawarkan. kadang2x kalau yang murah sangat tu, tolong selidik betul2x... ye laa kan, kita merancang tapi Allah yang menentukan. jadi, buatlah persediaan yang betul2x rapi sebelum berangkat terutamanya bagi yang tak pernah lagi sampai ke Mekah dan Madinah.


ok, tercakap panjang pulak intronya....
berbalik pada niat untuk menulis coretan atau pengalaman semasa mengerjakan umrah ini, Alhamdullilah, pada 3 Mei 2016, saya dan family (mak dan 2 adik lelaki) telah diberi peluang untuk menunaikan umrah buat kali pertama ( emak dah kali ke 2) dengan memasuki Madinah terlebih dahulu... bersyukur sangat kerana diberi peluang untuk ke 'luar negara' pertama kali.
perasaan mula-mula nak pergi memang bercampur baur. ye laa kan..orang kata first time..
gambaran semasa kita pergi khusus (teori) dan
gambaran bila berada di tempatnya sendiri memang lain.
rasanya semacam je...
tapi yang paling penting sebelum berangkat, persediaan paling penting.
baca dan fahami dulu apa itu UMRAH...
apa rukun2x umrah??
pantang larang umrah??
dan sama waktu dengannya..

kebiasaannya, perkara yang perlu kita tahu sebelum melakukan umrah ini adalah kita memasuki MEKAH atau MADINAH dahulu. ini sangat penting.. sebab sekiranya kita memasuki Mekah dahulu, kita perlu memakai pakaian ihram di lapangan terbang siap2x (untuk memudahkan kita supaya tak kelam kabut nak tukar semasa di dalam flight). Namun, sekiranya kita masuk Madinah dahulu, jadi kita hanya berpakaian biasa sahaja. Pakaian yang sopan dan menutup aurat.


first time nak naik flight..... berdebar.....

 
      
ketika di atas awan... penerbangan mengambil masa selama 8 jam dari KLIA 2 
ke airport Jeddah. jadi sepanjang 8 jam tuh tido, bangun, makan, tgk tingkap (if duduk tepi tingkap), baca buku sikit,tido, bangun, makan 2 je laaa rutin yer ....

sila simpan betul2x boarding pass ini.. penting semasa time makan. pramugari/ra akan cek boarding pass kita semasa nak bahagi makanan yer......

ini salah satu contoh makanan yang disediakan di dalam pakej......




ok, setakat ini dulu post ini......
ada masa terluang, kita sambung tulis balik cerita seterusnya....
ok.
chow...


bersambung....................


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "UMRAH - PART 1"

Post a Comment